ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
1. Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus melahirkan kebimbangan pada Selasa, mengenai kemungkinan pencerobohan darat Israel ke atas bandar Rafah, selatan Gaza, yang menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada perang Israel-Hamas.
2. Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Universiti Columbia mengancam untuk membuang pelajar yang merampas dan menduduki bangunan bilik kuliah ketika pertikaian antara pengurusan universiti dan aktivis pro-Palestin di kampus Manhattan semakin sengit.
3. Blinken akan terus desak Netanyahu
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan terus mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai beberapa langkah yang masih diperlukan Israel untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza.
4. Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menyekat penghantaran bantuan.
5. WCK kembali operasi di Gaza
World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
6. Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Perancis Stephane Segournet, sepakat untuk menangani perkara penting di Timur Tengah dengan tumpuan utama kepada konflik yang semakin memuncak di Semenanjung Gaza.
7. IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Bank Pembangunan Islam (IsDB) telah mengakhiri mesyuarat empat harinya, dengan pemeteraian 85 perjanjian pembiayaan antara bank, 38 negara anggota dan 22 institusi kewangan antarabangsa bernilai lebih US$8 bilion (US$1=RM4.75). .
8. Madinah dilanda bah teruk
Banjir akibat hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan jalan raya dan sekolah di tengah-tengah amaran perjalanan dikeluarkan Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM).
9. Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Dubai ialah lokasi pulau buatan manusia terbesar, dan bangunan tertinggi di dunia.
10. 19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Sembilan belas orang disahkan terkorban selepas sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China, runtuh pada awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa tempatan.
Astro Awani
Wed May 01 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah benar permohonan Fahmi Fadzil pindah kes saman ke Mahkamah Tinggi lain
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain.
[TERKINI] PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion bagi menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertama di Malaysia.
[TERKINI] Nahas helikopter TLDM akibat salah haluan
Nahas helikopter TLDM 23 April akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan, menyebabkan pelanggaran dengan helikopter AW-139.
Bekas Presiden PPOC mengaku pecah amanah hampir RM500,000
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman satu hari penjara bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh jatuh hukuman.
Bursa Malaysia dibuka rendah, lanjutkan kerugian
Bursa Malaysia melanjutkan aliran menurunnya untuk dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Fintech: Malaysians lead the world in mobile wallet usage
Malaysian consumers are leading the charge in embracing alternative payment methods and cutting-edge technologies, according to the latest findings from Adyen, a global financial technology platform for businesses. 63 per cent of Malaysians utilise mobile wallets for transactions, boasting the highest adoption rate globally based on a survey, the Adyen Index 2024 of over 38,000 shoppers and 13,000 merchants across 26 markets.Their Country Manager, Soon Yean Lee unveils these insights.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, meneruskan aliran penurunan semalam.
Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal
Ketika kejadian, mangsa sedang berkonvoi bersama 20 motosikal dari Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Johor.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
White House usaha pelan gencatan senjata baharu
Menurut Penasihat Keselamatan White House John Kirby, cadangan baharu ini mendapat sokongan Israel.
Penyelesaian dua negara mesti dikekalkan - Arab Saudi
Putera Faisal menegaskan bahawa penyelesaian ini seharusnya menjadi keutamaan semua pihak, termasuk Israel.
PM Mohammad Mustafa sokong tindakan berani tiga negara iktiraf Palestin
Mohammad Mustafa bersyukur kerana ketiga-tiga negara berkenaan menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan Israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Netanyahu berkata, tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol mengiktiraf Palestin tidak akan menghalang Israel memenangi perang di Gaza.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.